Malaysia

Polis minta bantuan Thailand buru ‘Luna’, ketua sindiket ganja Kuala Krai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerjasama polis Thailand bagi mengesan seorang wanita berusia lingkungan 30-an dikenali sebagai ‘Luna’, yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta di Kuala Krai, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, suspek dipercayai berada di Thailand dan usaha mengesannya kini dibantu pihak berkuasa negara jiran, namun setakat ini tiada perkembangan terbaharu.

Kes itu terbongkar hasil Ops Agas yang dijalankan JSJN Bukit Aman selama empat bulan, dengan dua serbuan di Kuala Krai pada 3 Januari lalu berjaya melumpuhkan sindiket berkenaan.

Dalam operasi tersebut, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 50 tahun, manakala dalang sindiket dipercayai memiliki dua kerakyatan dan berpangkalan di negara jiran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker