Malaysia

Hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin punca Mas Ermieyati letak jawatan

Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua BERSATU Bahagian Masjid Tanah bersama 39 ahli jawatankuasa bahagian itu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Srikandi BERSATU itu membuat keputusan berkenaan selepas mesyuarat khas bahagian, sekali gus menyaksikan jawatankuasa terbubar secara rasmi.

Setiausaha bahagian, Shahrul Azhar Amir turut meletakkan jawatan.

Peletakan jawatan beramai-ramai itu dikaitkan dengan krisis kepimpinan parti membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presiden.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker