Malaysia

 Lubang pembentungan 7 meter ke dalam ‘telan’ Hilux di Lahad Datu, seorang maut

Seorang lelaki maut selepas Toyota Hilux yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam lubang pembentungan sedalam kira-kira tujuh meter di Jalan Pantai menghala ke bandar Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, penumpang hadapan, Muhammad Almadi Hassan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu berusia 34 tahun mengalami patah tangan.

Kedua-dua mangsa terperangkap dalam lubang pembentungan yang masih dalam pembinaan dengan kedalaman tujuh meter dan lebar 6.5 meter.

Seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker