Malaysia
Tiada lagi stiker ‘roadtax’ bermula Februari 2026

Pos Malaysia mengesahkan JPJ akan menghentikan pengedaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) bercetak mulai 1 Februari 2026.
Ia sekali gus menamatkan perkhidmatan cetakan di kiosk Pos Malaysia.
Langkah ini selari dengan pelaksanaan digital sebelum ini apabila LKM dan Lesen Memandu Malaysia boleh dipaparkan melalui aplikasi MyJPJ untuk tujuan pemeriksaan.
Bagaimanapun, orang ramai masih boleh memohon kad lesen memandu fizikal dengan bayaran RM20.



