Dunia
Stadium bola sepak terbesar dunia mula dibina di Vietnam

Vietnam memulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia dengan kapasiti 135,000 tempat duduk menerusi projek Stadium Trong Dong.
Stadium itu merupakan sebahagian daripada pembangunan mega Bandar Sukan Olimpik bernilai sehingga RM150 bilion yang diluluskan Disember lalu.
Apabila siap, ia dijangka mengatasi stadium terbesar sedia ada dari segi kapasiti dan menjadi antara mercu tanda baharu sukan global.
Direka berinspirasikan gendang gangsa Dong Son, stadium berkenaan akan menjadi pusat penganjuran acara sukan, kebudayaan dan program berskala besar, sekali gus memperkukuh kedudukan Vietnam di pentas antarabangsa.
Pembinaan dijadualkan siap pada 2028, manakala keseluruhan Bandar Sukan Olimpik dijangka siap sepenuhnya menjelang 2035.




