Malaysia

Gangguan MRT: Kerja pembaikan ambil masa sepanjang hari, dinasihat cari alternatif

Kerja pembaikan di laluan MRT Putrajaya antara Stesen Sungai Buloh dan Damansara Damai dijangka mengambil masa sepanjang hari ini susulan gangguan bekalan kuasa.

Rapid Rail memaklumkan siasatan awal mendapati berlaku kecurian kabel berhampiran Stesen Damansara Damai, menyebabkan gangguan serius dan memerlukan kerja pembaikan berskala besar sehingga tamat operasi.

Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan, termasuk tren dari Putrajaya Sentral yang berpatah balik di Metro Prima, tren ulang-alik antara Metro Prima dan Damansara Damai, serta tren dari Kwasa Damansara yang berpatah balik di Damansara Damai.

Penumpang dijangka menunggu lebih lama, khususnya antara Metro Prima dan Damansara Damai.

Polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan untuk membantu, manakala orang ramai disaran mempertimbangkan pengangkutan alternatif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker