Malaysia

Rebut kawasan sekuriti taman perumahan punca 8 suspek gaduh dalam balai polis

Perebutan kawasan sekuriti di tapak perumahan dipercayai menjadi punca kekecohan dan pergaduhan melibatkan lapan lelaki dalam Balai Polis Meru, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, sebahagian suspek memiliki rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh, cubaan bunuh, samun berkumpulan dan pecah rumah, manakala seorang lagi berada dalam senarai dikehendaki.

Kesemua lapan suspek warga tempatan berusia antara 28 hingga 44 tahun yang ditahan saling mengenali dan mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Polis turut merampas sebuah topi keledar dan sebatang besi paip yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, selain mendapati seorang suspek positif dadah.

Siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 148, 427 dan 324 Kanun Keseksaan serta Akta Polis 1967 dan Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

Polis turut menyiasat status sah atau tidak perkhidmatan sekuriti yang menjadi punca pertikaian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker