Arab Saudi dibedil, lebih sejuta tong minyak terjejas

Arab Saudi berdepan gangguan besar terhadap pengeluaran minyak selepas beberapa kemudahan tenaga utama diserang, menyebabkan lebih satu juta tong minyak mentah sehari terjejas.
Menurut seorang pegawai kementerian tenaga kepada agensi berita SPA, stesen pam bagi saluran paip utama timur-barat turut menjadi sasaran serangan, sekali gus mengurangkan kapasiti pengepaman sebanyak 700,000 tong sehari.
Saluran paip Petroline sepanjang 1,207 kilometer yang menghubungkan Teluk di timur dan Laut Merah di barat memainkan peranan penting dalam penghantaran minyak, terutama ketika konflik Asia Barat menjejaskan laluan utama seperti Selat Hormuz.
Dalam masa sama, kemudahan pengeluaran di Manifa dan Khurais turut terjejas, menyebabkan kapasiti pengeluaran berkurang sebanyak 600,000 tong sehari.




