Dunia
Prabowo yakin Indonesia antara terselamat jika Perang Dunia Ketiga tercetus

Presiden Prabowo Subianto menyifatkan Indonesia sebagai antara negara paling selamat di dunia sekiranya berlaku konflik besar termasuk Perang Dunia Ketiga.
Beliau berkata perkara itu dapat dilihat melalui kehadiran warga asing dari negara berkonflik seperti Rusia dan Ukraine yang memilih menetap di Bali.
Bagi memanfaatkan situasi itu, kerajaan merancang membangunkan pusat kewangan khas untuk menarik pelabur dan aliran dana antarabangsa, hasil cadangan Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional, Luhut Binsar Pandjaitan.
Bali dijangka menjadi lokasi utama susulan statusnya sebagai destinasi pilihan pelancong global termasuk dari kawasan konflik.




