Kerajaan dicadang naik harga BUDI95 kepada RM2.05 seliter – Bank Dunia

Bank Dunia mencadangkan harga petrol RON95 bersubsidi dinaikkan semula kepada RM2.05 seliter berbanding RM1.99 ketika ini bagi mengurangkan beban subsidi kerajaan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, menyifatkan pelarasan di bawah skim BUDI95 sebagai langkah tepat, namun menegaskan subsidi bahan api masih tidak efisien kerana lebih banyak dinikmati golongan berpendapatan tinggi.
Cadangan itu dilihat relevan ketika harga minyak global meningkat melebihi USD100 setong, sekali gus melonjakkan kos subsidi negara daripada RM700 juta pada Januari kepada RM4 bilion pada April.
Menurut Bank Dunia, pelarasan harga atau kuota boleh dilaksanakan dengan mudah di bawah sistem sedia ada, namun langkah tambahan seperti rangsangan fiskal besar tidak digalakkan kerana berisiko meningkatkan tekanan inflasi.




