Malaysia

41 bangkai kucing ditemui di apartmen Subang Jaya

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor menemui 41 bangkai kucing dan 36 lagi lemah di sebuah apartmen selepas menerima aduan bau busuk.

Daripada kesemua bangkai kucing yang dijumpai, 31 dalam keaadan berbalut di dalam peti sejuk dan 10 lagi ditemui di ruang tamu dan sangkar.

Semua kucing yang masih hidup kelihatan kurus dan lemah. Unit itu dimiliki seorang wanita 49 tahun, dipercayai menyimpan kucing-kucing ini lebih setahun.

Bangkai kucing dihantar untuk post-mortem, manakala kertas siasatan disiapkan untuk Timbalan Pendakwa Raya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker