Dunia

Paksa isteri ‘bersama’ dengan 120 lelaki dalam tiga tahun

Seorang lelaki Sweden berusia 61 tahun dibicarakan di Härnösand atas dakwaan memaksa bekas isterinya melakukan hubungan seksual dengan lebih 120 lelaki.

Dia didakwa menggunakan rumah ladang terpencil berhampiran Kramfors, bersama dadah dan kamera pengawasan, untuk mengawal mangsa serta mengatur pertemuan dengan lelaki yang ditemui secara dalam talian sejak 2022 hingga laporan polis dibuat pada 2025.

Tertuduh berdepan pelbagai pertuduhan termasuk rogol dan serangan, namun menafikan kesalahan dengan mendakwa semuanya berlaku secara sukarela.

Prosiding dijalankan secara tertutup bagi melindungi identiti mangsa. Setakat ini, 28 daripada 120 lelaki yang dikenal pasti telah didakwa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker