
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil membantu pelakon Azar Azmi dengan menganjurkan satu sesi siaran langsung di TikTok.
Dalam tempoh kira-kira dua jam sahaja, Azar berjaya mengumpul RM35,000 hasil pembelian produk yang dikendalikan dalam ‘live’ tersebut.
Dalam siaran langsung berkenaan, Azar dilihat sebak dan tidak menyangka masih ada pihak yang sanggup membantu dirinya ketika berada dalam situasi sukar.
Menurut Azar, dia sebelum ini pernah melalui fasa hidup yang sangat mencabar sehingga hampir tiada sumber kewangan untuk menampung keperluan harian.
Azar memaklumkan bahawa wang yang diperoleh itu akan digunakan sepenuhnya untuk membeli keperluan anak-anaknya.




