Biruntha Mooruthi dilantik CEO Kumpulan Talent Corp

Biruntha Mooruthi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp) berkuat kuasa hari ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata pelantikan itu penting dalam memperkukuh strategi pembangunan bakat negara agar lebih dinamik dan selari dengan keperluan industri semasa.
Beliau yakin Biruntha, yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman merangkumi sektor kerajaan, akademia dan industri, mampu menerajui Talent Corp ke arah pencapaian lebih berimpak tinggi.
Tambahnya, pengalaman beliau dalam membimbing usahawan dan mempercepat pengkomersialan teknologi menjadi nilai tambah dalam memperkasa ekosistem bakat negara serta meningkatkan peluang pekerjaan berkualiti.
Dalam masa sama, penghargaan diberikan kepada bekas CEO, Edward Ling, atas sumbangannya sepanjang menerajui Talent Corp.




