Dunia

UK haramkan jual rokok kepada generasi lahir 2009 ke atas

Parlimen United Kingdom (UK) meluluskan rang undang-undang yang melarang penjualan rokok kepada individu yang lahir pada 1 Januari 2009 dan selepasnya.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Pertuanan pada Isnin selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat, dan kini hanya menunggu perkenan rasmi Raja Charles III sebelum dikuatkuasakan.

Menteri Kesihatan UK, Gillian Merron berkata, langkah itu merupakan satu rang undang-undang penting yang akan membantu mewujudkan generasi bebas asap rokok.

Selain larangan penjualan rokok, rang undang-undang itu turut memberi kuasa lebih luas kepada kerajaan untuk mengawal selia industri tembakau dan rokok elektronik (vape).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker