Malaysia

RM221,044 bukan hutang, tapi hadiah adik-beradik – Mahkamah tolak tuntutan dua datuk

Mahkamah Sesyen Seremban memutuskan wang RM221,044 yang diberikan oleh Datuk M Natarajen dan Datuk M Satishkumar kepada adik mereka, Vel Manoharan, bukan pinjaman tetapi bantuan keluarga.

Daripada jumlah itu, RM160,600 digunakan untuk pendidikan Vel, manakala RM60,444 lagi sebagai bayaran pendahuluan pembelian rumah daripada Linsun Engineering Sdn Bhd dan Linsun Global (M) Sdn Bhd.

Hakim Abu Bakar Manat berkata, kedua-dua plaintif gagal membuktikan wujud kontrak pinjaman antara mereka dengan defendan kerana tiada perjanjian bertulis atau bukti kukuh dikemukakan.

Abu Bakar turut menyatakan bahawa tuntutan tersebut dilihat hanya timbul selepas hubungan kekeluargaan mereka retak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker