Malaysia

RM8 juta dipindah ke 30 Maple, mahkamah dapat keterangan baru

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa FashionValet Sdn Bhd memindahkan RM8 juta ke akaun 30 Maple Sdn Bhd pada 21 Ogos 2018 menerusi dua transaksi, masing-masing RM5 juta dan RM3 juta.

Saksi pendakwaan, Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank, Azizan Hassan, mengesahkan transaksi itu direkodkan sebagai bayaran pendahuluan (advances) dan Vivy Yusof serta suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, merupakan penandatangan sah akaun syarikat.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa RM5 juta kemudian dikeluarkan daripada akaun 30 Maple pada 4 September 2018 dengan rekod transaksi sebagai pembayaran dividen interim kepada Fadzaruddin.

Vivy dan Fadzaruddin kini dibicarakan atas pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana pelaburan RM8 juta milik Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker