Hiburan
Dilabel ‘red flag’, Abby Abadi pertahan Munir dan minta netizen jangan cepat hukum

Pelakon Abby Abadi mempertahankan model dan pempengaruh Munir Akhunov selepas lelaki itu dilabel sebagai “red flag” oleh segelintir netizen susulan dikaitkan dengan anak perempuannya, Marissa Dania.
Menerusi perkongsian di media sosial, Abby berkata orang ramai tidak sepatutnya menghukum seseorang hanya berdasarkan andaian atau apa yang dilihat di media sosial.
Menurutnya, dia mengenali Munir sebagai seorang yang baik dan meminta netizen berhenti melemparkan pelbagai label negatif tanpa mengetahui perkara sebenar.
Kenyataan Abby itu dibuat ketika hubungan Marissa Dania dan Munir terus menjadi perhatian serta perbualan hangat di media sosial.




