DuniaHiburan

Model Indonesia dedah dipaksa kahwin kerabat diraja ketika bawah umur

Seorang model Indonesia-Amerika, Manohara Odelia, mendedahkan bahawa perkahwinannya pada tahun 2008 dengan seorang kerabat diraja Malaysia didakwa berlaku secara paksaan.

Ia ketika beliau masih di bawah umur, sekali gus menafikan ia sebagai perkahwinan sah atau atas kerelaan sendiri.

Pendedahan itu dibuat bagi membetulkan gambaran awam yang menurutnya selama ini menggambarkan hubungan berkenaan secara tidak tepat.

Beliau turut menegaskan media dan platform digital supaya menggunakan istilah yang lebih beretika dan tepat dan permintaan itu bukan bertujuan mengungkit masa lalu.

Ia sebaliknya demi ketepatan, etika dan penggunaan bahasa yang bertanggungjawab kerana pilihan kata membawa kesan besar dan mangsa berhak agar kisah mereka disampaikan secara jujur serta bermaruah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker