Malaysia

RTM hentikan siaran “Cleopatra in Space” lepas timbul dakwaan unsur LGBT

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sepenuhnya siaran animasi “Cleopatra in Space” selepas menerima aduan berkaitan dakwaan wujudnya unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam siri tersebut.

Menurut RTM, siaran program berkenaan yang terakhir ditayangkan di TV2 pada 18 dan 19 April jam 9 pagi telah dihentikan serta-merta.

Dalam masa sama, RTM menegaskan komitmen mereka untuk memastikan semua rancangan yang disiarkan adalah berkualiti, selamat serta selari dengan sensitiviti masyarakat.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Ahmad Yahaya mengkritik tindakan RTM, dengan mendakwa ini merupakan kali kedua stesen penyiaran itu menayangkan kartun yang dikaitkan dengan unsur LGBT.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker