Tiong tempelak dakwaan palsu festival air di Bukit Bintang, tiada paksaan sertai acara

Dakwaan kononnya peserta Rain Rave Water Music Festival perlu memakai pakaian renang dan pakaian menjolok mata di Bukit Bintang mencetuskan perdebatan di media sosial sejak kebelakangan ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing menempelak dakwaan palsu mengenai hal tersebut yang akan berlangsung di Bukit Bintang dari 30 April hingga 2 Mei ini.
Menurutnya, kedua-dua acara itu adalah program tahunan di bawah kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) untuk menarik pelancong dan merancakkan ekonomi Kuala Lumpur. Beliau berkata, ada pihak menyebarkan maklumat palsu di Threads sehingga mencetuskan kekeliruan.
Beliau turut menafikan dakwaan peserta perlu memakai pakaian renang atau pakaian menjolok mata, sambil mengingatkan orang ramai agar tidak mempolitikkan atau meracikkan isu tersebut.




