Malaysia
Dua lelaki viral tolak RM3,000, netizen tersentuh lihat sikap saling menghormati

Dua lelaki yang tular dalam satu video di laman tiktok ‘minyakjalananhitam’ mencuri perhatian ramai selepas kedua-duanya dilihat saling menolak wang RM3,000 yang dipercayai hasil sumbangan daripada sesi siaran langsung (live stream).
Menurut perkongsian pemilik akaun tiktok ‘minyakjalananhitam’, Dicky pada awalnya mahu menyerahkan RM3,000 daripada hasil live stream kepada mekanik berkenaan sebagai sumbangan, namun ditolak dan diminta supaya wang itu digunakan untuk membantu orang lebih memerlukan.
Dalam rakaman sama, Dicky berkata wang itu mahu “dipulangkan” sebagai amal kebajikan, tetapi mekanik berkenaan tetap menolak dan meminta ia disimpan untuk keperluan keluarga Dicky.




