Malaysia

MBSA siasat dakwaan puntung rokok dibuang dari kenderaan jabatan

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil serius isu tular di media sosial berhubung dakwaan seorang individu membuang puntung rokok dari kenderaan jabatan milik pihak berkuasa tempatan itu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi MBSA, pihaknya memaklumkan kes tersebut telah dirujuk kepada Bahagian Integriti MBSA untuk siasatan lanjut serta tindakan sewajarnya.

MBSA menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku, termasuk tindakan yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam.

Dalam hantaran sama, MBSA turut mengingatkan mengenai larangan penggunaan kenderaan jabatan untuk tujuan persendirian seperti yang termaktub di bawah Kaedah 9(2)(c) dan (d).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker