Malaysia

Mat Sabu lapor MCMC dakwaan palsu penjawat awam digalak tanam ganja di rumah

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan dakwaan tular kononnya Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.

Kenyataan itu disifatkan sebagai fitnah dan hasil manipulasi digital yang boleh mengelirukan orang ramai.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan kandungan palsu dan merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih.

Sebelum ini, Mohamad Sabu hanya menyarankan penjawat awam bercucuk tanam sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan global, manakala imej tular tersebut dikenal pasti sebagai suntingan AI daripada gambar asal yang dimuat naik pada Disember 2025.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker