PDRM giat kesan bekas suami Indira Gandhi, dakwaan guna identiti untuk BUDI95 turut disiasat

Usaha mengesan Pathmanathan a/l Krishnan @ Muhammad Riduan Abdullah, bekas suami Indira Gandhi, terus dipergiat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Siasatan turut melibatkan dakwaan bahawa identitinya digunakan untuk menerima bantuan kerajaan seperti Budi 95 dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, memaklumkan bahawa semakan bersama Jabatan Imigresen sedang dilakukan bagi mengesahkan status Sekatan Perjalanan Khas (SPK) yang masih berkuat kuasa terhadap individu tersebut.
Sejak 2021, sebanyak 18 sesi pengurusan kes telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh, dengan sesi seterusnya ditetapkan pada 27 Februari 2026.
PDRM juga menegaskan komitmen untuk terus mencari Muhammad Riduan dan anak yang dibawa bersama, selaras dengan keputusan mahkamah serta prinsip kedaulatan undang-undang.




