Malaysia
Hampir 3 tahun terhenti, anak Gaza kembali ke sekolah dalam khemah

Ratusan ribu murid di Gaza kembali ke sekolah pada 19 September selepas hampir tiga tahun tidak dapat belajar seperti biasa.
Namun, mereka kini mengikuti kelas di khemah dan bangunan sekolah yang rosak akibat perang. Ada murid terpaksa duduk di lantai serta kekurangan buku, alat tulis dan keperluan asas.
Sekurang-kurangnya 540,000 murid dijangka mengikuti kelas bersemuka bagi sesi akademik 2026-2027, dengan puluhan sekolah sementara dibina menggunakan khemah, kanvas dan bahan lain.
UNICEF memaklumkan 98 peratus sekolah di Gaza rosak atau musnah, manakala kira-kira 660,000 murid terjejas akibat gangguan pendidikan.




