Malaysia
Lelaki tendang wanita dalam video tular, polis mula siasat

Polis menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki menolak dan menendang seorang wanita di Felda Kledang, Gugusan Adela.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, video berdurasi 44 saat itu dimuat naik di Facebook kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. Dalam video itu, beberapa individu turut dilihat cuba menghalang dan menenangkan lelaki terbabit.
Laporan polis dibuat oleh wanita yang merakam kejadian berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



