Hiburan

Status rumah tangga Marissa Dania dan Aslam masih tergantung, mahkamah belum beri keputusan

Status rumah tangga pempengaruh Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam masih belum dapat dipastikan selepas kedua-duanya selesai memberi keterangan dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu, 29 April 2026.

Peguam syarie mereka, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, keputusan hanya akan diumumkan pada satu tarikh lain yang tidak didedahkan atas permintaan kedua-dua pihak.

Menurutnya, sama ada Marissa dan Aslam masih sah sebagai suami isteri atau sebaliknya hanya akan ditentukan selepas keputusan rasmi mahkamah dibuat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker