Hiburan

Talak sah, Aslam dan Marissa kini bukan lagi suami isteri

Kemelut rumah tangga pempengaruh Marissa Dania Hakim, 21, dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, akhirnya menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini mengesahkan lafaz talak yang dibuat sebelum ini adalah sah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Nadiah Khamis selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, berkata keputusan tersebut secara rasmi membubarkan perkahwinan pasangan berkenaan dan mereka kini bukan lagi suami isteri.

Menurutnya, jika Aslam dan Marissa mahu kembali bersama pada masa depan, mereka perlu melalui proses akad nikah baharu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker