Hiburan
BTS bakal jelajah Malaysia, ARMY dah bersedia rebut tiket konsert

Kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS bakal menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert ‘BTS World Tour ARIRANG’ yang dijadual berlangsung di TM Stadium Nasional pada 12 dan 13 Disember 2026.
Pengumuman itu terus mencetuskan keterujaan dalam kalangan ARMY Malaysia yang sudah lama menantikan kedatangan mereka.
Berdasarkan poster rasmi yang dikongsi, harga tiket dijual bermula RM338 sehingga RM1,288 bagi pakej VIP, dengan keseluruhan stadium menggunakan konsep all-seated.
Jualan tiket pula akan dimulakan dengan pendaftaran khas untuk ahli ARMY sebelum diteruskan dengan sesi ‘presale’ dan akhirnya jualan umum untuk orang ramai.



