Malaysia
RON95 masih disubsidi, kerajaan sifatkan pelarasan sebagai pilihan terakhir

Kerajaan menegaskan pelarasan subsidi petrol RON95 bukan keputusan yang dibuat secara terburu-buru, malah dianggap sebagai pilihan terakhir demi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terjamin.
Perkara itu dinyatakan penasihat ekonomi Pejabat Perdana Menteri (PMO) ketika mengulas kebimbangan rakyat mengenai kemungkinan perubahan harga petrol susulan tekanan ekonomi global.
Menurut beliau, kerajaan ketika ini masih mampu menanggung subsidi RON95 walaupun berdepan peningkatan kos akibat ketidaktentuan harga minyak dunia dan konflik di Asia Barat.
Namun katanya, kerajaan perlu bersedia melakukan pelarasan dasar sekiranya keadaan ekonomi terus berubah dan memberi kesan besar kepada kewangan negara.



