
Arsenal kini hanya selangkah untuk mencipta sejarah apabila bakal berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam final Liga Juara-Juara Eropah hujung minggu ini.
Pasukan bimbingan Mikel Arteta itu memburu kejuaraan Eropah pertama mereka, manakala PSG pula mahu mempertahankan gelaran dan mengukuhkan status sebagai kuasa besar baharu bola sepak Eropah.
Arsenal hadir ke Budapest dengan keyakinan tinggi selepas menamatkan kemarau 22 tahun untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.
Dalam masa sama, PSG di bawah kendalian Luis Enrique kini dilihat jauh lebih seimbang berbanding era penuh bintang sebelum ini.
Perlawanan akhir yang dijadual berlangsung di Budapest itu dijangka menjadi pertarungan sengit antara gaya permainan bertahan Arsenal dan corak menyerang pantas PSG.




