Dunia
Dibebani hutang, suami isteri dilapor terjun bersama dari balkoni hotel di Thailand

Sepasang suami isteri dilaporkan maut selepas dipercayai terjun dari balkoni sebuah hotel di Hua Hin, Thailand pada 5 Jun lalu. Menurut laporan media tempatan, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpegangan tangan di kawasan bawah bangunan hotel berkenaan.
Siasatan awal mendapati pasangan tersebut dipercayai berdepan masalah kewangan yang serius.
Pihak berkuasa turut menemukan satu nota yang dipercayai ditinggalkan mereka, yang menyatakan bahawa mereka telah “berjuang sedaya upaya” sebelum membuat keputusan tersebut.




