Dunia
PM Pakistan dakwa perjanjian damai AS-Iran tercapai, majlis tandatangan 19 Jun ini

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mendakwa satu perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran telah berjaya dicapai selepas rundingan intensif yang dikatakan dimediasikan oleh Pakistan.
Menerusi kenyataan di platform X, Sharif memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan serta-merta dan secara kekal semua operasi ketenteraan di semua medan konflik, termasuk di Lubnan.
Beliau turut mengumumkan bahawa majlis rasmi menandatangani perjanjian tersebut dijadualkan berlangsung pada 19 Jun di Switzerland.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Amerika Syarikat mahupun Iran berhubung dakwaan tersebut.




