Malaysia

Guru lelaki ditahan, disyaki cabul bekas murid lelaki di hotel

Seorang guru lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan polis selepas disyaki melakukan serangan seksual terhadap bekas murid lelakinya yang berusia 13 tahun di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Noor berkata, mangsa mendakwa suspek yang pernah mengajarnya ketika di sekolah rendah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 8 pagi.

Mangsa bagaimanapun hanya membuat laporan polis pada jam 9.38 pagi semalam sebelum suspek ditahan di kediamannya pada malam yang sama.

Menurut beliau, suspek kini direman sehingga 21 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a), 14(d) dan 15(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang melibatkan kesalahan seksual secara fizikal dan bukan fizikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker