Malaysia

Tiada lagi caj RM1, pengeluaran wang ATM antara bank kini percuma mulai 1 Julai

Pengguna bank di Malaysia tidak lagi perlu membayar caj RM1 bagi setiap pengeluaran tunai antara bank apabila kemudahan itu dimansuhkan sepenuhnya bermula 1 Julai.

Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan bersama oleh Association of Banks in Malaysia, Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia dan Association of Development Finance Institutions of Malaysia.

Melalui inisiatif tersebut, pemegang kad debit boleh mengeluarkan wang tunai secara percuma di mana-mana ATM atau Smart Recycler Machine (SRM) milik bank di seluruh negara tanpa mengira bank pengeluar kad.

Langkah itu membolehkan pelanggan mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di Malaysia dengan pengeluaran tunai antara bank tanpa had dan tanpa sebarang caj tambahan.

Menurut persatuan perbankan terbabit, pemansuhan caj itu mencerminkan komitmen industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, inklusif dan mampu milik kepada rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker