Malaysia

Menteri luar Mohamad Hasan ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat ASEAN di Manila

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Ke-59 dan Mesyuarat Berkaitan di Manila, Filipina, dari 20 hingga 24 Julai.

Mesyuarat itu akan memberi tumpuan kepada kesan krisis Asia Barat terhadap perdagangan, pelaburan, keselamatan tenaga, bekalan makanan dan rantaian bekalan di Asia Tenggara, selain membincangkan pembinaan Komuniti ASEAN serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 pada November.

Sepanjang mesyuarat, Mohamad dijadual menghadiri beberapa sesi bersama negara rakan dialog ASEAN termasuk China, Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah, selain mempengerusikan Pasca Persidangan ASEAN-China pada 22 Julai serta mengadakan beberapa pertemuan dua hala.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker