Hiburan
Cinta berbeza agama, Ryzal Ibrahim kongsi pandangan matang

“Hidayah milik Allah, manusia hanya mampu berusaha”, itu pandangan pempengaruh dan usahawan, Ryzal Ibrahim ketika mengulas isu hubungan cinta berlainan agama.
Ryzal berkata, seseorang tidak boleh memaksa atau terlalu berharap pasangan berubah pegangan kerana hidayah adalah ketentuan Allah SWT. Katanya, hubungan itu boleh diteruskan dengan niat baik, namun perlu menunjukkan contoh akhlak yang baik sebagai seorang Muslim.
Menurutnya, seseorang juga tidak tahu kemungkinan Allah memberi hidayah kepada individu lain sehingga memiliki iman yang lebih baik.




