Hiburan
“Makin cantik bila bertudung!” – Zahirah Macwilson raih pujian ramai

Pelakon Zahirah Macwilson mencuri perhatian netizen selepas tampil mengenakan tudung dalam perkongsian terbaharunya di media sosial.
Penampilan Zahirah itu menerima pelbagai pujian, dengan ramai netizen menyifatkan dia kelihatan semakin cantik, manis dan anggun apabila bertudung.
Malah, ada yang mendoakan agar Zahirah terus istiqamah dalam penghijrahan tersebut serta dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki.




