Hiburan

Gambar mesra Kendall Jenner & Jacob Elordi ‘berkepit’ di Hawaii tular, cetus spekulasi dating

Model terkenal Amerika Syarikat, Kendall Jenner dan pelakon Hollywood, Jacob Elordi kembali menjadi bualan selepas gambar percutian mereka di Hawaii tular dan mencetuskan spekulasi hubungan cinta.

Menurut laporan media antarabangsa, pasangan itu dilihat bercuti bersama di Hawaii dengan melakukan pelbagai aktiviti santai termasuk sarapan, berjalan-jalan, minum kopi dan membeli-belah.

Sebelum ini, Kendall, 30, dan Jacob, 28, turut beberapa kali dilihat bersama di acara besar Hollywood termasuk festival Coachella 2026 serta beberapa parti selepas acara di Los Angeles. Namun, masih tiada kenyataan dari kedua-dua pihak sehingga kini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker