Rafizi, Nik Nazmi serah surat letak jawatan MP, umum hala tuju politik baharu

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul di Parlimen, Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin itu berkata langkah tersebut dibuat susulan keputusan mereka untuk meneroka hala tuju politik baharu selepas meninggalkan PKR.
Mereka turut mengesahkan akan kembali bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum akan datang, namun kali ini di bawah Malaysian United Party (MUP) dan bukan lagi Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, PKR melalui Setiausaha Agungnya mengesahkan keahlian Rafizi dan Nik Nazmi telah digugurkan mengikut perlembagaan parti selepas menerima pengumuman keluar parti daripada kedua-dua pemimpin berkenaan.




