Malaysia

Makmal proses dadah RM1.53 bilion terbongkar di Lembah Klang, rampasan terbesar sejarah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas membongkar beberapa makmal haram memproses dadah di Kuala Lumpur dan Selangor dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.53 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, enam individu ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing berusia antara 24 hingga 39 tahun, menerusi empat serbuan di Cheras dan Kajang.

Rampasan melibatkan dadah jenis MDMA (3 kilogram), kokain (4,041 kilogram) dan ketamin (14,493 kilogram), selain pelbagai peralatan memproses dadah.

Dadah berkenaan dianggarkan mampu merosakkan sehingga 68.5 juta pengguna. Antara lokasi diserbu ialah sebuah rumah banglo tiga tingkat yang dijadikan makmal haram serta beberapa premis perniagaan dan stor penyimpanan.

Sindiket dipercayai aktif sejak April lalu dan menjadikan Malaysia sebagai hab memproses dadah untuk pasaran antarabangsa.

Semua suspek direman tujuh hari hingga 23 Disember. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker