Malaysia

Fail Epstein: Mangsa dakwa dibayar AS$300 untuk buka baju

Pendedahan jutaan dokumen oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuka semula sisi gelap jenayah seksual melibatkan Jeffrey Epstein, termasuk kisah ngeri mangsa yang masih menghantui mereka sehingga hari ini.

Daripada lebih 3.5 juta fail, terdapat beberapa pendedahan ngeri dikongsikan oleh Sky News melibatkan seorang mangsa berusia 17 tahun ketika pertama kali dipujuk ke kediaman mewah Epstein di Palm Beach.

Remaja itu mendakwa ditawarkan wang berjumlah AS$300 untuk menanggalkan bajunya selepas beberapa kali diminta untuk memberi perkhidmatan urut.

Mangsa turut mendakwa Epstein berulang kali menawarkan bayaran lebih tinggi untuk hubungan seks, namun dia menolak.

Diari seorang lagi mangsa menggambarkan trauma yang lebih mendalam apabila terpaksa menanggung tempoh kehamilan yang didakwa berakhir dengan prosedur menyakitkan selepas diberi layanan istimewa makan angin di New York.

Epstein, yang pernah mengaku bersalah pada 2008 atas kesalahan melibatkan pelacuran termasuk membabitkan remaja bawah umur di Florida, hanya menjalani hukuman penjara 13 bulan sebelum ditemui mati di penjara New York pada 2019.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker