Malaysia

Darurat Serian tamat, IPU kembali terkawal

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memberi perkenan untuk menamatkan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak, yang dikuatkuasakan pada 4 September susulan keadaan jerebu teruk.

Pejabat Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta laporan agensi berkaitan yang mendapati bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian tidak lagi berada pada tahap berbahaya.

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya. Beberapa kawasan termasuk Serian dan Samarahan masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker