Dunia
Lelaki curi ayam dipukul sampai mati, lima individu didakwa di Bali

Lima individu didakwa selepas seorang lelaki yang disyaki mencuri dua ekor ayam dipukul hingga mati oleh sekumpulan penduduk di Banjar Dinas Juwuk Legi, Tabanan, Bali, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Tabanan, AKBP I Putu Bayu Pati berkata, mangsa dikenali sebagai KD ditemukan meninggal dunia di lokasi, manakala motosikalnya turut dibakar.
Polis turut menemukan dua ekor ayam, sebilah pisau, lastik dan beberapa batu kecil bersama mangsa.
Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri walaupun berlaku jenayah.
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, manakala siasatan masih diteruskan dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai suspek ditahan.




