Suspek tembak mati Charlie Kirk masih belum mengaku, enggan beri kerjasama

Gabenor Utah, Spencer Cox mendedahkan suspek utama pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk masih enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa walaupun ditahan sejak Khamis lalu.
Tyler Robinson, 22, ditahan di rumah keluarganya kira-kira 33 jam selepas insiden tembakan di Universiti Utah Valley yang meragut nyawa Kirk ketika menyampaikan ucapan.
Robinson kini ditahan tanpa jaminan dan dijangka didakwa Selasa ini atas tuduhan bunuh terancang, melepaskan tembakan secara jenayah serta menghalang keadilan.
Siasatan awal mendapati suspek sempat berkomunikasi melalui platform Discord selepas kejadian dan dipercayai terpengaruh dengan ideologi politik berhaluan kiri.
Kes ini menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan keganasan politik di Amerika Syarikat dan mencetuskan seruan agar retorik politik diperlahankan demi keselamatan awam.




