Pasport lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban hari ini., langkah itu diambil selepas beberapa pemegang pasport berkenaan menghadapi kesulitan ketika melakukan perjalanan ke luar negara.
JIM menjelaskan tempoh sah maksimum PMA kini ditetapkan kepada 10 tahun bagi menyeragamkan tempoh sah laku dan mengelakkan kekeliruan mengenai syarat tambahan tempoh sah enam bulan yang ditafsirkan berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.
Bagi pemegang PMA sedia ada yang sah lebih 10 tahun, JIM akan menawarkan penggantian pasport secara percuma dengan tempoh maksimum 10 tahun serta memberi keutamaan dalam urusan tersebut.




