Dunia

Iran sangkal dakwaan Trump, tegaskan Selat Hormuz masih di bawah kawalannya

Iran menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bahawa AS kini mempunyai kawalan penuh ke atas Selat Hormuz.

Jurucakap Komando Pusat Tentera Iran, Ebrahim Zolfaghari, berkata Selat Hormuz masih berada di bawah pengurusan dan kawalan penuh Iran.

Katanya, kapal dagang dan kapal tangki tidak boleh melalui laluan strategik itu tanpa kebenaran serta pengawasan tentera Iran.

Dakwaan itu bercanggah dengan kenyataan Trump pada Rabu menerusi Truth Social yang mendakwa AS mempunyai “kawalan penuh” ke atas Selat Hormuz dan akan terus mengekalkannya.

Iran juga menegaskan kapal AS dan Israel tidak dibenarkan melalui selat berkenaan.

Pada masa sama, Iran dan Oman sedang berunding untuk mewujudkan laluan baharu melalui Selat Hormuz, namun rundingan itu masih belum dimuktamadkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker