DuniaMalaysia

Tragedi banjir Nepal makin parah, lebih 1,000 maut

Angka kematian akibat banjir glasier di Himalaya melepasi 1,000 orang, manakala hampir 4,500 lagi masih hilang.

Pasukan penyelamat China dan Nepal terus mencari mangsa, termasuk kira-kira 100 pekerja hidroelektrik yang dipercayai terperangkap dalam beberapa terowong.

Setakat ini, hanya mayat ditemukan dari terowong yang dipenuhi lumpur, menyebabkan harapan menemukan mangsa yang masih hidup semakin tipis. Sekurang-kurangnya 17 mayat turut ditemukan di sungai di India.

Pihak berkuasa Nepal mula mengebumikan ratusan mayat yang tidak dikenal pasti selepas sampel DNA diambil. Menteri Luar Nepal, Shisir Khanal berkata, harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup belum boleh ditutup sepenuhnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker