Malaysia

Baru berkahwin minggu lepas, pengarah animasi Ejen Ali ditemukan mati lemas di Kinabatangan

Mayat ditemui di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, disahkan sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 41, pengarah bahagian animasi filem pecah panggung Ejen Ali.

Andi dilaporkan hilang sejak Selasa selepas kereta dipandu isterinya terbabas ketika pasangan itu dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu. Beliau kali terakhir dilihat di jambatan sungai berhampiran lokasi kejadian sebelum ditemui pasukan penyelamat pagi Rabu.

Tragedi ini mengundang pilu selepas netizen mendedahkan Andi dan isterinya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 16 September lalu.

Ejen Ali The Movie terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation pada 2019 mencatat sejarah apabila meraih kutipan RM59.3 juta, menjadikannya filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi setakat ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker